My Add

Wednesday 31 July 2013

Sarawak pantau penyebaran Syiah

KUCHING, SELASA, 30 Julai, 2013: Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa memantau penyebaran ajaran Syiah di negeri ini walaupun setakat ini tiada laporan mengenai penyebaran ajaran itu di negeri ini, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan berusaha memastikan ajaran itu tidak tersebar selaras keputusan kerajaan mengharamkan ajaran Syiah di negara ini kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam.

Daud yang juga Pengerusi Lembaga Baitulmal negeri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin dan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Kuching di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak sebanyak RM653,800 untuk diagihkan kepada 3,518 orang fakir miskin.

Sumbangan berjumlah RM302,000 turut diagihkan kepada 302 buah masjid dan surau terpilih di sekitar Kuching bagi membiayai aktiviti pada bulan Ramadan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment