My Add

Wednesday 31 July 2013

Sindiket dadah tumpas, rampasan RM1.3 juta

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Polis menumpaskan satu sindiket dadah dengan penangkapan 11 suspek termasuk ketuanya di Semenyih, Kajang dekat sini Jumaat lepas, selain merampas dadah bernilai RM1.3 juta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kesemua suspek lelaki berumur antara 20 dan 36 tahun dengan lapan daripada mereka merupakan warga India.

Mereka ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Semenyih, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman selama lima hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment