My Add

Wednesday 31 July 2013

Manfaatkan sasaran 6,000 graduan PhD menjelang 2023 - PM

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat memanfaatkan langkah kerajaan yang menyasarkan seramai 6,000 graduan Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

"Kerajaan menyasarkan 6,000 graduan Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

Sesiapa yang berpeluang harus memanfaatkan inisiatif ini," kata Perdana Menteri dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan menyasarkan seramai 6,000 graduan PhD menjelang 2023, selari dengan usaha melahirkan pakar pelbagai bidang bagi memajukan dasar perindustrian negara.

Abdul Wahid memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa sasaran itu merupakan mekanisme bagi mewujudkan kelompok sumber manusia berpengetahuan tinggi.

Perdana Menteri turut menulis dalam tweetnya bahawa beliau akan berbuka puasa dan menghadiri majlis tahlil dan doa selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara petang ini.

Esok, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat ke majlis sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment