My Add

Wednesday, 31 July 2013

Isu SK Seri Pristana: Ambil tindakan bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh sehingga menimbulkan polemik perlu didakwa mengikut Akta Hasutan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini kerana individu tersebut telah memutar belit fakta dan dilihat berniat jahat menyalakan api perkauman bagi menghasut rakyat.

"Dalam isu ini, tuduhan bahawa murid-murid tersebut makan di dalam `tandas' sahaja sudah menunjukkan satu pembohongan yang jelas. Tandas dan bilik persalinan banyak perbezaannya.

"Tanpa mendapatkan penjelasan, gambar situasi dalam bilik itu telah dimuat naik ke laman Facebook dengan mendakwa kononnya murid-murid bukan Islam di sekolah tersebut didiskriminasi dan ditindas. Isu ini jelas telah diputarbelitkan.

"Saya minta polis siasat segera laporan yang dibuat oleh guru besar. Sekiranya perlu, sila ambil tindakan di bawah Akta Hasutan,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke sekolah tersebut dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment