My Add

Sunday 7 July 2013

1,800 penguatkuasa pantau kegiatan tipulasi harga barangan

PUTRAJAYA, SABTU, 06 Julai, 2013: Sebagai langkah awal menangani isu kenaikan harga barangan keperluan menjelang Aidilfitri, 1,845 anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara, digerakkan sempena Ops Harga 2013.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud berkata, Ops Harga 2013 bertujuan membendung kegiatan memanipulasi harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.

"Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan di kawasan bandar, luar bandar dan kawasan tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, bazar Ramadan, pasar raya dan juga medan selera," katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan di Pasar Awam Presint 8 di sini hari ini.

Ahmad Dahuri berkata, mengikut Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011, ia mewajibkan peniaga meletakkan tanda harga bagi setiap barangan yang dipamerkan untuk jualan.

"Tanda harga itu mestilah jelas, mudah dibaca, menggunakan unit sukatan atau timbangan yang betul, memaparkan harga yang tepat dan tidak mengelirukan," katanya.

Peniaga yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat pula boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Sepanjang 2010 sehingga Jun 2013, kementerian telah membuat 3,701 rampasan bernilai RM1.89 juta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment