My Add

Tuesday 9 July 2013

19 terkorban dalam keganasan di Baghdad

BAGHDAD, SELASA, 09 Julai, 2013: Seramai 19 orang terkorban dalam kejadian keganasan yang berterusan selama dua hari termasuk enam ahli keluarga ketika pulang dari menghadiri majlis perkahwinan.

Di wilayah Madain, selatan Baghdad sebutir bom meletup berhampiran padang bola di dalam kelab sukan awal pagi semalam.

Sementara itu, seorang lelaki bersenjatakan menyerang pusat pemeriksaan di lebuh raya di utara Baghdad menyebabkan pertempuran dan mengorbankan tiga pejuang anti al- Qaeda dan dua ahli kumpulan militan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment