My Add

Thursday 25 July 2013

3 ditahan, 12 kes pecah rumah di Kota Bahru, Pasir Mas selesai - Polis

PASIR MAS, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dalam serbuan ke sebuah rumah di Pusu 40, Lubuk Jong di sini, semalam.

Turut ditahan dalam serbuan 6.30 petang itu ialah seorang wanita mengandung berusia 28 tahun yang dikatakan isteri seorang daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, berkata dengan penahanan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 12 kes pecah rumah di Kota Bharu dan daerah ini.

"Kesemua mereka didapati positif dadah, manakala dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi motosikal, curi kereta, samun dan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dua kereta jenis Honda Accord dan Toyota Innova serta sebuah motosikal Yamaha LC yang dipercayai dicuri di Kota Bharu.

Turut ditemui ialah empat televisyen LCD, tujuh skrin komputer, lima komputer riba, dua set 'home theater', satu alat pemotong besi dan pelbagai alat pecah rumah, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 31 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment