My Add

Sunday 21 July 2013

3,500 penduduk miskin di Ledang terima bantuan raya

MUAR, AHAD, 21 Julai, 2013: Dianggar 3,500 penduduk di kawasan Parlimen Ledang layak menerima bantuan Aidilfitri kali ini yang diberi bagi meringankan beban mereka dalam melakukan persiapan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri meminta semua ketua UMNO cawangan di kawasan berkenaan mengenal pasti mereka yang layak dan menyerahkan senarai terbabit kepada UMNO Bahagian secepat mungkin.

Mereka termasuk penerima bantuan sedia ada, katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 120 anak yatim oleh SME Bank, di Ledang, semalam.

Dalam pada itu, Samuri yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata usaha sedang dilakukan bagi mendapat peruntukan berjumlah RM7 juta daripada kerajaan pusat untuk membina masjid baru di pekan Bukit Gambir di sini.

Pembelian tanah bagi pembinaan masjid itu dengan kos RM2 juta sudah diselesaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Abdul Ghani Othman yang juga bekas Menteri Besar Johor, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment