My Add

Sunday 7 July 2013

42 maut serangan di kawasan sekolah di Nigeria

KANO, AHAD, 07 Julai, 2013: Kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai militan Islam Boko Haram menembak mati 42 orang dengan kebanyakannya pelajar, seorang pekerja perubatan dan penduduk, di timur laut Nigeria, semalam.

Bagaimanapun, jurucakap tentera berkata, mangsa adalah terdiri 20 pelajar, seorang guru terbunuh dalam serangan di negeri Yobe itu.

Penyerang sebelum itu mengepung pelajar dan kakitangan sekolah itu dan menempatkan mereka di sebuah dewan sebelum melemparkan bom dan mula melepaskan tembakan, kata Haliru Aliyu, pekerja perubatan di Hospital Potiskum yang memetik saksi sebagai berkata.

“Kami menerima 42 mayat pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Kerajaan Mamudo, malam tadi.

"Sebahagian daripada mereka mati kerana terkena tembakan manakala sebahagiannya rentung," katanya.

Aliyu berkata, anggota keselamatan kini menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat dengan melarikan diri ketika serangan.

Mamudo terletak kira-kira lima kolimeter dari Potiskum, sebuah kawasan hab komersial di Negeri Yobe yang kini menjadi sasaran kumpulan Boko Haram kebelakangan ini. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment