My Add

Monday 8 July 2013

5 saksi dirakam percakapan bantu siasatan kes rogol atlet

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Julai, 2013: Polis telah merakam keterangan lima saksi bagi membantu siasatan kes rogol seorang pengiring pasukan bola baling di perkampungan sukan, Sukan Malaysia (Sukma) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 19 tahun itu juga telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan.

Sumber memberitahu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada pukul 3 pagi kelmarin, dan bertindak atas maklumat tiga lelaki berusia 18 hingga 19 tahun telah ditahan kira-kira pukul 2 petang.

"Polis turut merakam percakapan lima orang saksi. Setakat ini siasatan berjalan dengan baik dan kita jangka kes ini selesai minggu depan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Supritendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga lelaki itu dan mereka telah direman selama seminggu.

Akhbar hari ini melaporkan mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu, selepas minum minuman keras bersama atlet bola baling di sebuah gelanggang bola keranjang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment