My Add

Sunday 7 July 2013

80 hilang kereta api terbabas di Kanada

MONTREAL, AHAD, 07 Julai, 2013: Sekurang-kurangnya 80 orang dilaporkan hilang di sebuah bandar kecil di Kanada, Lac-Megantic selepas sebuah kereta api membawa muatan minyak terbabas dan terbakar, kata seorang anggota bomba semalam.

Beberapa bangunan dilaporkan musnah dalam kebakaran di bandar terletak kira-kira 250 kilometer dari timur Montreal itu.

Anggota bomba itu berkata, nasib sekurang-kurangnya 50 orang yang dilaporkan berada di dalam sebuah kelab malam yang terletak berdekatan dengan kawasan kejadian, masih belum diketahui. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment