My Add

Thursday 4 July 2013

Asrama sekolah terbakar, 81 tinggal sehelai sepinggang

KUNAK, KHAMIS, 04 Julai, 203: Sejumlah 81 pelajar Sekolah Menengah Agama Kunak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas asrama sementara yang menempatkan pelajar lelaki musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.20 pagi sebelum menggegaskan dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna berserta 11 anggota ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di kawasan sekolah, 90 peratus daripada bangunan asrama sementara itu sudah dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun dalam kebakaran itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

Seorang guru sekolah berkenaan, Samsiah Baharon, ketika dihubungi berkata pelajar mula menduduki bangunan asrama sementara itu pada tahun 2011 selepas bangunan asal asrama sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada tahun 2010.

Katanya pihak sekolah bersyukur kerana semua penghuni asrama, terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam, selamat.

Difahamkan kesemua penghuni bangunan asrama lelaki yang musnah itu diarahkan kembali ke rumah keluarga masing-masing buat sementara waktu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment