My Add

Wednesday 24 July 2013

BN kekal kerusi DUN Kuala Besut

JERTIH, RABU, 24 Julai, 2013 : Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Pada PRU-13 lalu, calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya dari Pas, Napsiah Ismail memperoleh 6,375.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BH 

No comments:

Post a Comment