My Add

Sunday 7 July 2013

BN sasar majoriti cecah 4,000 di Kuala Besut:

Oleh KAMARUDIN HAMZAH

BESUT, SABTU, 06 Julai, 2013: Barisan Nasional (BN) menyasarkan majoriti kemenangan untuk parti itu melonjak daripada 2,434 kepada hampir 4,000 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut yakin sasaran itu dicapai dengan semangat jentera yang bersepadu dan sokongan secara berterusan pengundi ketika kemenangan cuba dinafikan oleh pembangkang.

Apatah lagi, katanya, ketika lebih banyak kebaikan dijangka dapat dikecapi oleh rakyat, pembangkang hanya menjanjikan permainan politik yang tidak berkesudahan dan merugikan agama, bangsa dan negara.

"Pada PRK itu BN tidak akan menganjurkan program besar-besaran sebaliknya jentera parti akan menemui pengundi secara langsung," katanya kepada media selepas majliis sarapan pagi bersama penduduk di Kampung Seri Kemunting di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment