My Add

Sunday 21 July 2013

Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat

MELAKA, AHAD, 21 Julai, 2013: Kualiti udara di Bukit Rambai, Melaka setakat tengah hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 105.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya menyatakan bacaan tidak sihat itu diperoleh sejak pukul 8 pagi (IPU 102).

Setakat tengah hari ini, Bukit Rambai merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatat bacaan tidak sihat dengan petunjuk bacaan IPU antara 100 dan 200, kata laman web itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment