My Add

Friday 5 July 2013

Denmark rampas 100 kilogram bahan letupan

COPENHAGEN, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Polis Denmark merampas sejumlah bahan letupan seberat 100 kilogram di barat bandar raya ini, semalam.

Agensi berita Ritzau yang memetik sumber polis melaporkan, rampasan itu dilakukan di bandar Holbaek dan polis turut menemui alat peledak dan bahan letupan plastik.

Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment