My Add

Friday 26 July 2013

Dua rakan karib terbunuh dalam kemalangan

SETIU, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Dua rakan karib terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru dekat Kampung Bintang di sini, tengah hari tadi.

Mereka dikenali sebagai Mohd Zuhairi Jusoh, 23, yang memandu kereta Volkswagen Golf itu dan rakannya Nik Zul Ehsanudin Mohamad, 23, yang kedua-duanya maut di tempat kejadian.

Kedua-duanya dari Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, dikatakan dalam perjalanan pulang selepas berurusan di Kuala Terengganu.

Penumpang sebuah lagi kereta iaitu Toyota Vios yang datang dari arah Jerteh menghala Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Nik Rafizan Nik Muhammad cedera parah sementara pemandunya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Abd Rahman Raja Mohamad, berkata kereta Volkswagen Golf itu dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota Vios berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment