My Add

Wednesday 17 July 2013

ECER terima pelaburan RM744 juta: Najib

PUTRAJAYA, SELASA, 16 Julai, 2013: Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerima pelaburan berjumlah RM744 juta lagi semalam membabitkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk penternakan ikan sturgeon secara komersil untuk pengeluaran kaviar, penbangunan biojisim, pembangunan industri hiliran berasaskan kelapa sawit dan pembangunan industri ubatan berasaskan botani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ECER sehingga kini berjaya menarik pelaburan keseluruhan bernilai RM49 bilion sejak dimulakan pada 2007 dan berjaya mewujudkan hampir 40,000 peluang pekerjaan untuk rakyat.

"Bagi separuh pertama tahun ini saja, ECER berjaya menarik pelaburan bernilai RM23.64 bilion sekaligus melangkaui sasaran pelaburan sebanyak RM15 bilion yang ditetapkan Majlis Pembangunan ECER bagi tahun 2013," katanya dalan kenyataa selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoU) membabitkan pelabur ECER di pejabatnya di sini sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment