My Add

Monday 29 July 2013

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguh

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Julai, 2013: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem ’The New Village’ yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.

Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman berkata, pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.

"GPMS menganggap ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat Malaysia untuk mendekati ideologi komunis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GPMS turut meminta Kementerian Dalam Negeri melihat kandungan filem itu dengan teliti kerana ia membabitkan keselamatan negara.

Akhbar hari ini melaporkan filem yang disifatkan sebagai mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' itu bakal ditayangkan mulai 23 Ogos, sempena bulan kemerdekaan negara.

Laporan itu berkata, perkara berkenaan didedahkan sebuah blog selepas tayangan 'trailer' filem itu mula tersebar sejak akhir-akhir ini.

Ezaruddin turut menegaskan penayangan filem itu akan menimbulkan rasa kurang senang dan melukai banyak pihak termasuk golongan bekas tentera yang berjuang pada zaman menentang komunis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment