My Add

Wednesday 10 July 2013

India tawar biasiswa kursus perubatan tradisional

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Kerajaan India menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dan lepasan ijazah dalam bidang perubatan tradisional India - Ayurveda, Yoga, Unani, Siddha, Sowa Rigpa dan Homeopati (AYUSH).

Dalam kenyataan di sini hari ini, Suruhanjaya Tinggi India berkata, pihaknya mempelawa permohonan daripada rakyat Malaysia yang ingin mengikuti kursus dalam bidang AYUSH bagi tahun akademik 2013-14.

Menurut kenyataan itu, 15 tempat disediakan untuk pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Perubatan Ayurveda dan Surgeri, Sarjana Muda Perubatan Siddha & Surgeri, Sarjana Muda Perubatan Unani & Surgeri, Sarjana Muda Perubatan Homeopati & Surgeri (BHMS) dan Sarjana Muda Sains Yoga.

Kursus lepasan ijazah pula ialah M.D Ayurveda, M.D Siddha, M.D. Unani dan M.D Homeopati dan Ph.D dalam bidang Ayurveda.

Kenyataan itu menasihati calon meneliti kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti kursus yang mereka minati dan mereka perlu fasih berbahasa Inggeris serta tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Biasiswa itu meliputi yuran tuisyen, elaun sara hidup, elaun sewa rumah dan kemudahan perubatan (tambang penerbangan tidak disediakan).

Maklumat lanjut tentang kriteria pemilihan, kolej terlibat dan borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, Kuala Lumpur atau menghubungi telefon 03-6205 2350 samb 203 dan e-mel edu@indianhighcommission.com.my.

Tarikh tutup permohonan ialah 20 Julai 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment