My Add

Saturday 27 July 2013

Isu Indira Gandhi: Peguam wakili mualaf buat rayuan

IPOH, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Peguam yang mewakili seorang mualaf berketurunan India, Muhammad Ridzuan Abdullah akan membuat rayuan terhadap keputusan membatalkan pengislaman tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi, dalam tempoh 10 hari.

Peguam berkenaan, Hatim Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan menerima arahan tersebut daripada anak guamnya setelah keputusan mahkamah itu memihak kepada Indira Gandhi.

"Kita sudah pasti akan membuat rayuan kerana melibatkan pembatalan sijil memeluk Islam. Lagipun, kes ini melibatkan kepentingan awam.

"Semalam, anak guam saya ada di sekitar Ipoh tetapi dia tidak sempat hadir ke mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Lee Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit itu menetapkan Perakuan Memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira Gandhi dan anak-anaknya.

Swee Seng juga menyatakan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 turut mengkehendaki anak-anak Indira Gandhi hadir untuk mengucapkan kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman tersebut dilakukan.

Tambah beliau, di bawah Perkara 3, 5, 11 Perlembagaan Persekutuan; Indira Gandhi mempunyai hak kebebasan dan hak sama rata untuk membesarkan anak-anak dengan didikan amalan agamanya.

Selain itu, beliau turut membuat keputusan itu setelah merujuk kepada Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita (Cedaw) yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.

Sementara itu, salah seorang peguam yang mewakili Indira Gandhi, M. Kulasegaran berkata, beliau berharap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan merayu berhubung keputusan tersebut disebabkan kes berkenaan telah berlarutan selama lima tahun.

"Dua tahun lalu, Peguam Negara pernah membantah apabila kita cuba membawa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat semakan kehakiman kerana berpendapat Mahkamah Tinggi boleh mengendalikan kes tersebut.

"Oleh itu, kita berharap beliau tidak akan menggunakan kuasanya untuk merayu dalam keputusan kali ini," katan - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment