My Add

Saturday 6 July 2013

Jahara tempelak Guan Eng berkaitan isu air

PULAU PINANG, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Sesi penggulungan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) menempelak kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu air.

Jahara berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya mengenakan caj air mentah terhadap Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

"Tindakan mengenakan caj berkenaan hanya akan menyebabkan kos operasi air meningkat.

"Ini kemudiannya akan dipindahkan kepada rakyat dan mereka yang akan menanggung kesannya," katanya ketika mencelah ucapan penggulungan Guan Eng (DAP-Air Putih).

Beliau menjelaskan, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah mengenakan caj berkenaan kepada PBAPP kerana sedar isu berkenaan membabitkan kepentingan rakyat.

Guan Eng yang nampak 'tersentak' dengan asakan Jahara kemudian memohon kerjasama 10 ADUN pembangkang supaya 'senada' dengan kerajaan negeri bagi menolak permintaan Kedah yang mahukan Pulau Pinang membayar harga air.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Guan Eng berkata, beliau tidak faham mengapa Pulau Pinang harus membayar kepada Kedah bagi sumber air yang diambil dari sungai yang terletak di negeri sendiri.

"Kalau Kedah mahu tuntut, mereka harus berbuat demikian kepada kerajaan Pusat. Mengikut undang-undang antarabangsa, kita tidak perlu bayar kerana kita ambil air di sungai yang terletak dalam kawasan kita sungguhpun punca air dari Kedah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment