My Add

Monday 22 July 2013

Jerebu kembali landa pantai barat Semenanjung

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Julai, 2013{ Beberapa kawasan di negeri pantai barat Semenanjung seperti di sekitar kawasan pantai di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor kembali mengalami keadaan berjerebu.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Malaysia yang masih mengalami Monsun Barat Daya serta peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca agak kering pada tempoh dua hari yang lepas telah mengakibatkan berlaku jerebu.

Walaubagaimanapun jelas kenyataan tersebut, keadaan itu dijangka berlaku untuk tempoh yang singkat sahaja memandangkan corak tiupan angin dijangka berubah dalam tempoh dua atau tiga hari akan datang.

“Angin Barat Laut dengan kelajuan sederhana akan bertiup di sebelah utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di bahagian tengah dan selatan Semenanjung.

“Keadaan tiupan angin ini dijangka membawa hujan terutama di bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, laman web Jabatan Alam Sekitar mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat sehingga pukul 7 pagi ini.

Tiga kawasan tersebut adalah Bandaraya Melaka (107), Bukit Rambai (117) dan Banting (105). - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment