My Add

Thursday 25 July 2013

Jumlah kematian akibat penyakit kencing tikus menurun sejak 2010 - Hilmi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Sebanyak 2,262 kes penyakit kencing tikus dengan 22 kematian dilaporkan di negara ini dalam tempoh Januari hingga 6 Julai lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata jumlah kes kematian akibat penyakit kencing tikus atau letospirosis itu menunjukkan penurunan berbanding 69 kematian tahun lepas, 55 kematian pada 2 KHAMIS, 25 Julai,2013,011 dan 48 kematian pada 2010.

Bagaimanapun jumlah kes penyakit itu semakin meningkat berbanding 1,976 kespada 2010, 2,268 kes pada 2011 dan 3,665 kes tahun lepas, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Hilmi berkata bagi mencegah jangkitan penyakit itu, orang ramai dinasihat supaya kerap membasuh tangan, menjaga persekitaran rumah dan mengelakkan diri daripada berada di tempat rekreasi atau riadah yang kotor, tidak berenang di tempat air bertakung dan tidak minum air sungai atau air yang tidak dimasak.

"Mereka yang berasa tidak sihat dalam tempoh dua minggu selepas mengunjungi lokasi-lokasi riadah tertentu seperti air terjun, sungai, tasik dan kolam dinasihat segera mendapatkan rawatan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment