My Add

Saturday 6 July 2013

Kamalanathan sertai Jalan Ria 10,000 Langkah 1Murid 1Sukan

 
* P Kamalanathan bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Bong Muk Shin ketika program Jalan Ria 10,000 Langkah 1Murid 1Sukan sempena Bulan Kecergasan Kementerian Pendidikan bersama hampir 10,000 pelajar sekolah dan institusi pendidikan tinggi di Dataran Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA, SABTU, 06 Julai, 2013: Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan sebentar tadi menyertai program Jalan Ria 10,000 Langkah 1Murid 1Sukan sempena Bulan Kecergasan Kementerian Pendidikan bersama hampir 10,000 pelajar sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Beliau berkata, program membabitkan lebih 10,000 pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu adalah salah satu aktiviti utama diadakan sempena sambutan Bulan Kecergasan kementerian Pendidikan tahun ini.

Beliau berkata, penganjuran program itu dilihat mampu membantu kerajaan menyemarakan budaya sukan dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia terutama pelajar sekolah dan IPTA.

"Konsep gaya hidup sihat adalah suatu kempen aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit.

"Sasaran utama aspirasi ini ialah supaya semua rakyat Malaysia terutama remaja sekolah dan Institut Pengajian Tinggit (IPT). Ia penting kerana kajian menunjukkan terdapat peningkatan tinggi di kalangan masyarakat mengenai kepentingan gaya hidup sihat.

"Bagaimanapun, pengetahuan itu kurang dilaksanakan dalam kehidupan seharian lantas mengundang risiko ancaman terhadap kesihatan yang berterusan," katanya ketika berucap sebelum melancarkan program itu di sini, pagi tadi. - BH

No comments:

Post a Comment