My Add

Thursday 25 July 2013

Keganasan cabar proses damai Thailand

 * SKUAD pemusnah bom memeriksa lokasi letupan bom tepi jalan yang mengorbankan dua guru Islam di wilayah Narathiwat semalam.
NARATHIWAT, RABU, 24 Julai, 2013: Beberapa serangan bom dan senjata api di selatan Thailand meragut lapan nyawa termasuk guru dan anggota polis, kata beberapa pegawai semalam.

Keganasan terbaharu itu berlaku di sebalik satu persetujuan damai untuk mengekang keganasan di selatan Thai.

Malaysia menjadi hos rundingan damai di antara kerajaan Thai dan beberapa kumpulan gerila Islam di selatan Thai termasuk Barisan Revolusi Nasional.

Kedua-dua pihak pada 12 Julai lalu bersetuju untuk mengelakkan pertumpahan darah sepanjang bulan Ramadan.

Namun, selepas situasi tenang seketika keganasan kembali meletus kelmarin dengan kematian enam orang termasuk dua anggota polis yang mengunjungi sebuah pasar di Wilayah Narathiwat untuk mengumpulkan maklumat.

Mangsa lain merupakan sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 50-an yang ditembak semasa memandu pulang.

Dua penduduk kampung Islam turut maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kedai teh.

Polis menyatakan, dua guru perempuan terbunuh dalam satu letupan bom tepi jalan, manakala mangsa ketiga parah.

Penentangan di rantau selatan Thailand yang dihuni majoriti penduduk Islam telah meragut lebih 5,700 nyawa sejak 2004. - AFP/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment