My Add

Thursday 25 July 2013

Lapor polis secara dalam talian mulai September ini

SEREMBAN, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Orang awam kini boleh membuat laporan polis secara dalam talian menerusi sistem rangkaian web Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal dilaksanakan seluruh negara mulai hujung September ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, sistem baharu yang akan dibangunkan PDRM itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat laporan dengan pantas seiring dengan kemajuan teknologi serta kemudahan internet.

"Akhir September ini orang ramai di seluruh negara boleh membuat laporan polis secara online dengan perkara itu memudahkan pengadu membuat laporan tanpa perlu ke balai.

"Namun apabila laporan di peringkat siasatan dan laporan kes seperti kemalangan jalan raya, pengadu perlu tampil ke balai untuk memberi kerjasama membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat," katanya pada Majlis High Profile Policing bersama penduduk di Pasar Raya Besar Giant Senawang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment