My Add

Wednesday 17 July 2013

Menteri jawab isu harga ayam naik Jumaat ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membentangkan jalan penyelesaian kepada masalah kenaikan harga ayam yang sering berlaku menjelang musim perayaan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, satu sidang akhbar akan diadakan Jumaat ini bagi menyelesaikan masalah itu sama ada untuk jangka pendek atau pun panjang.

Katanya, pada sidang akhbar tersebut, segala persoalan berkaitan isu kenaikan harga ayam setiap kali musim perayaan akan dijawab. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment