My Add

Saturday 6 July 2013

MIDA beri fokus kepada teknologi tinggi

PULAU PINANG, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) menumpukan untuk menarik pelaburan berkaitan teknologi tinggi, sementara terus berasaskan perniagaan.

Ini adalah untuk mengukuhkan ekosistem perniagaan, termasuk rantaian bekalan dan bakat, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Noharuddin Nordin hari ini.

"Kami pada masa lepas menyasarkan negara seperti Amerika Syarikat, Jepun serta Eropah untuk menarik pelaburan. Tetapi, kami kini lebih menumpukan untuk melengkapkan ekosistem menerusi teknologi tinggi dan pendekatan berteraskan perniagaan.

"Tanpa ekosistem yang lengkap dan kukuh, adalah tidak mungkin bagi Malaysia menarik pelaburan baharu atau meyakinkan pelabur sedia ada untuk terus berkembang di negara ini," katanya kepada pemberita di seminar 'Reka cipta di Asia' anjuran Intel di sini.

Noharuddin berkata, prospek pelaburan Malaysia tahun ini dijangka terus positif, dengan prestasi suku pertama yang 44 peratus lebih tinggi daripada suku yang sama tahun lepas.

Menyebut tentang kehadiran Intel dan lain-lain syarikat multinasional di Malaysia, beliau berkata, mereka adalah sebahagian kejayaan perindustrian Malaysia.

"Kehadiran mereka akan membantu memupuk bakat baharu di negara ini serta menarik pelaburan bernilai tinggi dan membantu vendor tempatan mengukuhkan ekosistem," kata Noharuddin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment