My Add

Saturday 20 July 2013

Najib umum 40-50 Klinik 1Malaysia dibuka tahun depan

 * SALAH satu Klinik 1Malaysia yang diwujudkan bagi menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Sebanyak 40 hingga 50 klinik serupa bakal dibina mulai tahun depan, seperti yang diumumkan Perdana Menteri hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 40 hingga 50 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) akan dibuka di seluruh negara mulai tahun depan.

"Insya-Allah, lebih ramai bakal memperolehi perkhidmatan kesihatan yang murah dan bermutu," katanya di dalam tweet terbaharu beliau.

K1M adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Najib yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien.

Sehingga kini, terdapat lebih 200 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira 1.5 juta rakyat dengan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara dan RM15 bagi bukan warganegara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment