My Add

Tuesday 9 July 2013

Pelabur Malaysia labur tanam padi di Indonesia

JAKARTA, ISNIN, 08 Julai, 2013: Sekumpulan pelabur Malaysia dan China akan melabur AS$2 bilion dalam projek penanaman padi bersepadu Indonesia dalam tempoh tujuh tahun.

Menerusi syarikat usaha sama Ratu Indah Mandiri, para pelabur akan meninjau tanah plot percubaan berkeluasan 50,000 hektar, sama ada di Java atau Kalimantan.

Syarikat akan lambat laun melabur sehingga satu juta hektar penanaman padi dalam tempoh tujuh tahun, demikian menurut laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Globe.

Pesuruhjaya Presiden Ratu Indah, Norah Abdul Rahman berkata, syarikat akan bekerja dengan syarikat tempatan, Tri Indah Mandiri.

"Kami memilih Indonesia kerana pilihan tanahnya yang lebih besar dan keperluan untuknya berikutan populasi yang ramai," kata beliau.

Beras ialah makanan asasi untuk lebih 240 juta rakyat di Indonesia, dengan penggunaan per kapita sehingga 139 kilogram.

Ratu Indah akan membekalkan teknologi hiliran dan keupayaan pemprosesan, sementara Tri Indah akan menjaga operasi tempatan, bekerja dengan petani tempatan menghasilkan beras.

Pengarah Presiden Tri, Indah Mandiri Made Dwipayana berkata, kerjasama itu akan mewujudkan kilang dan kemudahan pemprosesan hiliran lain di seluruh negara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment