My Add

Sunday 7 July 2013

Penjenayah gagal rompak ATM

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Julai, 2013: Sekumpulan penjenayah yang cuba memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Chow Kit di sini awal pagi ini, berputih mata kerana terpaksa melarikan diri tanpa sebarang hasil selepas sistem penggera keselamatan di premis itu berbunyi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, penjenayah terbabit baru sahaja mahu memecahkan penutup pada mesin itu namun sistem penggera keselamatan berbunyi menyebabkan kesemua mereka panik dan melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis menerima panggilan daripada sebuah syarikat keselamatan yang mengesan sesuatu berlaku apabila alat penggera itu berbunyi.

"Sepasukan polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat sebuah mesin ATM yang mempunyai kesan kopak. Siasatan awal mendapati hanya bahagian penutup atas dikopak namun mesin itu tidak berjaya dibuka," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tiada sebarang kerugian dikesan dan polis juga tidak menemukan sebarang alat yang menggunakan gas Oxy-acetylene di lokasi kejadian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment