My Add

Friday 5 July 2013

Pensyarah UiTM menang tesis terbaik PhD

 * DR. Sharifah Norzehan Syed Yusuf menerima hadiah daripada Muhyiddin Yassin selepas dinobatkan pemenang Anugerah Tesis Terbaik bagi kategori PhD di Damansara, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
PETALING JAYA, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Pensyarah Akauntan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Sharifah Norzehan Syed diumum sebagai pemenang Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen bagi kategori doktor falsafah (PhD) dalam satu majlis hari ini.

Beliau yang menghasilkan tesisi bertajuk Changes in Managament Accounting, Innovation and Person Job Fit Practices in Lembaga Zakat Malaysiayang dikupas berdasarkan konsep al-tasawwur al-islami.

Kemenangan tersebut bukan sahaja membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 berserta sijil dan trofi, tetapi hasil kajiannya mengenai pengurusan akauntan dari sudut pandangan Islam itu juga dibukukan Yayasan Nurul Yaqeen untuk dijadikan rujukan kepada dunia Islam.

Sementara itu, Anugerah Tesis Terbaik bagi kategori sarjana pula dimenangi bekas pelajar siswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Umarwira Dandi dengan tesis bertajuk "Tahap Kesedaran Amalan Etika Kerja Islam dalam Kalangan Pekerja-Majikan Lembaga Tabung Haji" sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil dan trofi.

Sama seperti hasil kajian Sharifah, tesis Umarwira juga akan dibukukan agar dapat dimanfaat oleh semua pihak khususnya golongan penyelidik selaras dengan budaya percambahan ilmu.

Kesemua hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment