My Add

Thursday 11 July 2013

Perbincangan TPP pusingan ke-18 di Malaysia

KUALA LUMPUR, RABU  10 Julai, 2013: Pusingan ke-18 perbincangan Perjanjian Trans-pasifik (TPP) bakal diadakan di negara ini, bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, dari 15 Julai hingga 25 Julai ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya hari ini, perbincangan pusingan ke-18 ini merupakan pertama kali Jepun terlibat di dalam usaha pembentuk TPP.

Sebanyak 11 buah negara telah menyertai beberapa siri perbincangan antaranya ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Jelas MITI, seperti mana perbincangan sebelum ini, kumpulan berkepentingan akan dijemput menyuarakan pandangan dan kepentingan masing-masing terhadap TPP dalam satu sesi khas pada 20 Julai.

"Sejak MITI membuka pendaftaran, sebanyak 180 pendaftaran telah diterima termasuk 51 kumpulan berkepentingan dari Malaysia," menurut kementerian itu lagi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment