My Add

Sunday 21 July 2013

Polis Britain tahan suspek pengeboman masjid di UK warga Ukraine

LONDON, AHAD, 21 Julai, 2013: Pasukan polis anti-pengganas Britain menahan seorang suspek iaitu lelaki warganegara Ukraine susulan pembabitannya dalam beberapa serangan bom yang mensasarkan masjid di negara itu.

Dalam satu kejadian berasingan, suspek terbabit turut didakwa terbabit dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki tua beragama Islam.

Pada 29 April lalu, Mohammed Saleem, 75 ditikam sehingga mati di London, di mana mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang daripada sebuah masjid berdekatan.

Pihak polis West Midlands berkata, seorang lelaki Ukraine berusia 25 tahun yang kini dalam tahanan pihak polis selepas ditahan hari ini berikutan pembabitannya dalam kes pembunuhan Saleem.

Katanya lagi, pembunuhan itu adalah yang pertama disifatkan pembunuhan bermotifkan perkauman, bagaimanapun, motif di sebaliknya masih belum dapat dikenal pasti.

Susulan penahanan itu, tambahnya lagi, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai aktiviti pengganas dan ia adalah sebahagian daripada bidang kuasa penyiasatan membabitkan aktiviti anti-pengganas. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment