My Add

Wednesday 17 July 2013

Polis minta pasangan hina bulan Ramadan serah diri
 
 Khalid Abu Bakar (tengah)
KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis meminta Alvin Tan dan Vivian Lee tampil serah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang menghina bulan Ramadan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka akan disabitkan kesalahan sekiranya tidak tampil menyerah diri di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan

"Ia bagi mengelakkan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan di mana tangkapan boleh dilakukan ke atas mereka," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa lelaki yang dicederakan sekumpulan lelaki itu juga mempunyai kaitan dengan serangan dendam daripada kes Alvin dan Vivian.

Susulan daripada itu, polis turut menahan empat lelaki yang mencederakan lelaki berusia 24 tahun yang didakwa pernah melakukan penghinaan terhadap umat Islam sebelum ini.

Beliau menyeru kepada mana- mana kaum supaya menghentikan perbuatan menghina agama lain bimbang kejadian seumpama ini berulang.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta Jabatan Peguam Negara wujudkan semula undang-undang seperti Akta Darurat bagi melindungi saksi supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah berat sehingga takut memberi keterangan di mahkamah.

Sementara itu, polis mewujudkan satu jawatankuasa mengkaji SOP tahanan dalam lokap bagi mencegah berlakunya penglibatan polis memukul tahanan berulang. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment