My Add

Saturday 20 July 2013

PRK Kuala Besut: Proses pengundian awal lancar

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

 * SEBAHAGIAN daripada anggota keselamatan beratur seawal 8 pagi untuk menunaikan tanggungjawab pengundian awal pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Udara Kedak, Kuala Besut hari ini. - UTUSAN
BESUT, SABTU, 20 Julai, 2013: Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis hari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Kesemua mereka mula membuang undi kira-kira pukul 8 pagi Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.

Proses pengundian sehingga kini berjalan dengan lancar tanpa sebatang insiden yang tidak diingini.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan di antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga seorang jurutera dengan kontraktor, Endot @ Azlan Yusof yang mewakili Pas.

Kedua-dua mereka yang merupakan anak tempatan berada di pusat pengundian awal sejak awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment