My Add

Friday 12 July 2013

Rakyat ingin terus nikmati kemajuan

BESUT, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Penduduk di Kuala Besut ingin terus menikmati pembangunan yang sedia ada dan mengharapkan wakil rakyat baru yang akan dipilih pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan terbabit dapat menjadikan impian mereka satu kenyataan.

Rata-rata penduduk yang ditemui BH Online, mengharapkan lebih banyak pembangunan bagi manfaat semua golongan termasuk peniaga kecil, nelayan dan sektor pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainudin Muhamad berkata, wakil rakyat baru perlu memastikan aspek pembangunan menjadi agenda utama bagi menjadikan Kuala Besut terus merasai kemajuan pada masa akan datang.

"Kuala Besut tidak boleh terpinggir daripada arus pembangunan. Oleh itu, Ahli Undangan Negeri (ADUN) baru yang akan dipilih dapat menjamin kesejahteraan rakyat di kawasan ini," katanya.

Bagi kerani syarikat agen pelancongan De Penarik Beach, Fazilah Mohamad berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan aspek keselamatan termasuk kenderaan milik pelancong di sekitar terminal feri ke Pulau Perhentian.

"Selain itu, kerajaan juga perlu menambah jumlah bank perdagangan bagi memudahkan penduduk tempatan membuat urusan perbankan dan melicinkan urusan transaksi syarikat agen pelancongan," katanya.
Sementara itu, penduduk Pulau Perhentian Abdullah Muhamad pula berkata, kerajaan negeri harus menyediakan ruang niaga bagi membolehkan golongan belia membabitkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

"Kita harus memberi mereka peluang untuk berkongsi kegiatan ekonomi dan sekali gus membolehkan mereka berdikari serta menyumbang kepada pembangunan di Kuala Besut," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment