My Add

Monday 22 July 2013

Remaja hilang mati dibunuh

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

 * ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat mayat Nathaniel ditemui di kawasan belukar di Taman Mewah, Kamunting dekat Taiping semalam.
TAIPING, AHAD, 21 Julai, 2013: Penantian sebuah keluarga untuk melihat anak lelaki mereka yang hilang sejak Jumaat lalu pulang ke rumah bertukar tragedi apabila mangsa ditemui mati dibunuh sebelum mayatnya dicampak di kawasan belukar di Taman Mewah, Kamunting dekat sini semalam.

Mayat M. Nathaniel, 14, ditemui di dalam belukar berhampiran deretan bangunan komersial yang masih belum berpenghuni iaitu kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Taman Palma 2B.

Ketika ditemui pada pukul 7.50 pagi oleh orang awam, mayat mangsa yang dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan kesan kelar di seluruh badan termasuk di leher.

Orang awam yang menemui mayat itu kemudian terus menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, mangsa tinggal di Taman Palma 2B, Kamunting kira-kira lima kilometer dari lokasi mayatnya ditemui. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment