My Add

Sunday 21 July 2013

Singapura jangka jerebu berulang

SINGAPURA, AHAD, 21 Julai, 2013: Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) meramalkan republik ini mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi.

NEA berkata, dalam tempoh dua hari lagi, cuaca kering dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sumtera.

"Jika berlaku perubahan arah angin bertiup dari arah barat, Singapura mungkin mengalami suasana jerebu," katanya.

NEA berkata, ia akan mengeluarkan amaran seterusnya jika keadaan itu berlaku dan menambah jumlah bintik panas di Sumatera yang dikesan satelit NOAA 18 meningkat dengan cepat sejak dua hari lalu sehingga mencecah 159 bintik pada Sabtu.

Dari bintik-bintik ini, 63 dikesan di wilayah Riau di Sumatera tengah, kira-kira 280 kilometer dari Singapura, yang kepulan asap kelihatan dari bintik ini.

Bintik panas turut dikesan lebih ke utara di Aceh dan Sumatera Utara.

Sementara angin kini bertiup dari arah tenggara atau selatan, NEA berkata asap belum lagi bertiup ke arah Singapura pada masa sekarang. 

Menurutnya, sesetengah negeri di Semenajung Malaysia mengalami kemerosotan kualiti udara sejak lewat pagi semalam dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara paling tinggi iaitu 98 dicatat pada 5 pagi hari ini di Bukit Rambai, Melaka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment