My Add

Sunday 7 July 2013

Sokong Kedah dapat dana pelihara Lembangan Sungai Muda

GEORGETOWN, AHAD, 07 Julai, 20113: Pulau Pinang akan menyokong usaha kerajaan Kedah mendapatkan dana persekutuan bagi memelihara dan memulihara lembangan Sungai Muda dan kawasan tadahan Ulu Muda di Kedah yang diancam aktiviti pembalakan, sejak tahun 2002.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pemeliharaan kawasan tadahan Ulu Muda merupakan isu kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan bekalan air di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

"Sebanyak 96 peratus bekalan air di Pulau Pinang dan 80 peratus bekalan air di Kedah berasal dari hutan Ulu Muda.

"Skim Pengairan Muda yang mencakupi 40 peratus daripada jumlah pengeluaran beras di Malaysia, juga amat bergantung kepada air yang diperoleh dari hutan Ulu Muda," menurutnya dalam kenyataan itu.

Lim berkata pembiayaan Persekutuan adalah wajar kerana kawasan hutan Ulu Muda merupakan kawasan tadahan air mentah yang kritikal untuk ketiga-tiga negeri dan sumber pengairan penting bagi Kedah sebagai negeri 'Jelapang Padi Malaysia'.

"Jika perlu, kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyokong permohonan Kedah untuk pembiayaan persekutuan bagi melindungi hutan Ulu Muda. Saya yakin kerajaan negeri Perlis juga akan menyokong permohonan itu," katanya.

Pada Januari lalu, pertubuhan bukan kerajaan Friends of Ulu Muda (FoUM) meminta kerajaan Persekutuan campur tangan dalam isu pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda.

FoUM turut mengemukakan cadangan supaya kerajaan negeri mewarta Hutan Simpan Ulu Muda sebagai taman negeri kerana ia mempunyai lebih 111 spesies haiwan termasuk kelawar, gajah, seladang, tapir, cicak dan katak serta lebih 450 spesies tumbuhan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment