My Add

Sunday 7 July 2013

Taman Gezi di Turki bakal dibuka kepada orang awam

ISTANBUL, AHAD, 07 Julai, 2013: Pihak berkuasa Turki semalam mengumumkan untuk membuka semula Taman Gezi di sini kepada orang awam selepas kawasan itu menjadi lokasi demonstrasi besar-besaran yang meragut empat nyawa dan kira-kira 8,000 lagi cedera bulan lalu.

Datuk Bandar Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, taman tersebut akan dibuka sama ada hari ini atau esok kepada orang awam.

Namun beliau memberi amaran, taman terbabit tidak boleh digunakan sebagai lokasi tunjuk perasaan dan pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang demonstrasi yang diadakan di kawasan itu. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment