My Add

Sunday 21 July 2013

Tragedi Costa Concordia: 5 krew, pegawai syarikat dihukum penjara

ROM, AHAD, 21 Julai, 2013: Empat krew kapal persiaran mewah Costa Concordia dan seorang pegawai syarikat itu dijatuhkan hukum penjara antara 18 hingga 34 bulan di Itali, hari ini, atas kesalahan terbabit dalam insiden kapal persiaran itu karam pada 2012 sehingga meragut 32 nyawa.

Kesemua mereka dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk mengakibatkan penumpang kapal terbabit terbunuh, cuai dan penyumbang kepada faktor kapal persiaran mewah berkenaan karam.

Setakat ini, perbicaraan diteruskan dengan pendakwaan dilakukan ke atas kapten kapal terbabit selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap lima individu lain, hari ini. - REUTERS/BH 

No comments:

Post a Comment