My Add

Saturday 6 July 2013

Ujian sistem pertahanan peluru berpandu AS gagal: Pentagon

WASHINGTON, SABTU, 06 Julai, 2013: Ujian sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat di Pasifik gagal apabila sistem pemintas yang digunakan gagal menghalang peluru berpandu balistik yang datang dari arah bertentangan.

laporan itu disahkan Pentagon dan kegagalan sistem pemintas darat dengan kos pemasangan yang tinggi adalah berita buruk kepada usaha yang masih belum mencapai kejayaan selepas beberapa siri ujian dilakukan sejak 2008.

Objektif ujian itu adalah memastikan sistem pemintas dari Pangkalan udara California, Vandenberg menghalang peluru berpandu yang dilancarkan di tapak ujian ketenteraan Amerika Syarikat Kwajalein di Kepulauan Marshall. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment