My Add

Friday 26 July 2013

Umat Islam Malaysia bertuah

 * ROSMAH Mansor bersalaman dengan para penerima sumbangan dalam majlis sumbangan bantuan zakat Hari Raya Aidilfitri 2013 UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Syed Ali Alhabshee. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Umat Islam di Malaysia diseru menjadikan bulan Ramadan sebagai permulaan untuk melatih diri agar sentiasa bersyukur kepada tuhan kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, berbanding dengan negara Islam yang lain terutama Mesir dan Palestin, mereka terus mengalami konflik dan pergolakan meskipun di bulan Ramadan.

"Alhamdulillah, keamanan yang dinikmati kini adalah hasil pemerintahan yang mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat yang berbilang bangsa seperti Malaysia.

"Kerana itu marilah kita mendoakan agar keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini terus berkekalan untuk masa akan datang,'' katanya ketika berucap pada majlis sumbangan bantuan zakat Hari Raya Aidilfitri 2013 UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Dalam pada itu, Rosmah menggalakkan orang ramai merebut peluang pada bulan Ramadan untuk membuat amal ibadat secara bersedekah kerana sedekah dan bantu-membantu antara satu sama lain adalah amalan yang dituntut oleh Rasullullah saw.

Kata beliau, salah satu cara untuk bersedekah adalah dengan mengeluarkan zakat kepada orang yang memerlukan apatah lagi peranannya dapat membina sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam.

Sehubungan itu, katanya, langkah UMNO Bahagian Cheras mengeluarkan zakat pada hari ini amat dipuji dan diharapkan sumbangan tersebut dapat menambahkan kegembiraan penerimanya.

Pada majlis itu, Rosmah telahmenyampaikan sumbangan zakat mewakili UMNO Bahagian Cheras kepada beberapa penerima yang terdiri daripada penduduk di kawasan Parlimen Cheras.

Kira-kira 500 penerima terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), golongan miskin dan mereka yang menghidapi penyakit terpilih untuk menerima zakat 2013 UMNO Cheras yang berbentuk wang tunai RM150, beras, makanan dan minuman untuk kegunaan harian dan Aidilfitri nanti. - UTUSAN 

1 comment:

  1. BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
    Feyilfatma nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat Saya mahu menggunakan
    Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan yang lalu saya dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya pakai. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
    Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

    ReplyDelete