My Add

Monday 15 July 2013

UTC Kedah beroperasi Ahad ini: Mukhriz

ALOR SETAR, isnin, 15 jULAI, 2013: Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Kedah di sini akan mula beroperasi sepenuhnya Ahad ini, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, UTC itu akan beroperasi setiap hari kecuali hari cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Ia menyediakan 400 ruang parkir di dalam bangunan UTC manakala 500 lot lagi di luar bangunan yang akan dipantau Majlis Bandaraya Alor Setar, katanya kepada pemberita selepas melawat pusat berkenaan hari ini.

Mukhriz berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses pembinaan UTC itu yang kini hampir siap hanya dalam tempoh pembinaan enam minggu dengan kos RM50.5 juta.

"Kos ini adalah yang terbesar berbanding UTC yang lain. Majlis prapelancarannya akan dilakukan pada 29 Julai oleh Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan 11) dan dijangka dirasmi perdana menteri pada 17 Ogos," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata pihaknya akan membawa cadangan untuk menjadikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai badan berkanun kerajaan negeri dalam mesyuarat exco Rabu ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment