My Add

Sunday 28 July 2013

Warga emas maut dilanggar ketika berbasikal di George Tow

GEORGE TOWN, AHAD, 28 Julai, 2013: Seorang lelaki warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Masjid Negeri di sini maut akibat dirempuh sebuah kereta hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Low Kee Lai, 72, cuba menukar haluan basikalnya dari kiri ke kanan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kereta Perodua MyVi dan terjatuh ke atas jalan.

"Mangsa yang tidak sempat bangun selepas terjatuh kemudiannya dilanggar pula sebuah kereta lain jenis Satria Neo yang tidak sempat mengelak," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment