My Add

Tuesday 1 October 2013

Dedah hasil siasatan fitnah pengundi Bangladesh

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 September, 2013: Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah menyokong saranan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan hasil siasatan fitnah pakatan pembangkang mengenai 40,000 pengundi dari Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kerana perbuatan fitnah itu menjejaskan imej demokrasi Malaysia di mata dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh Khairul:

1. Kita menyokong saranan agar pihak polis memberitahu rakyat semua apakah hasil siasatan dan tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap fitnah pilihan raya oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dalam isu 40,0000 pengundi Bangladesh dan 'Blackout' 505.

2. Ini adalah tuduhan serius yang sengaja dibuat oleh pakatan pembangkang bagi mencalarkan imej negara. Hingga kini kita masih menantikan bukti untuk dikemukakan pakatan bagi menyokong dakwaan mereka. Apa yang dibuat pakatan, mereka hanya berdolak-dalik serta menyalahkan pihak lain atas dakwaan yang mereka sendiri telah buat.

3. Amat wajar SPR segera mengambil tindakan ke atas fitnah ini kerana pakatan banyak meraih kemenangan ekoran fitnah dan pembohongan.

Ini penipuan yang amat serius kerana ia menjejaskan imej demokrasi Malaysia di luar negara. Maka kita tuntut tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan fitnah terhadap amalan demokrasi negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment