My Add

Tuesday 1 October 2013

Suami isteri didakwa sebabkan kematian anak kandung

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

PETALING JAYA, ISNIN, 30 September, 2013:, 2013: Sepasang suami isteri yang cuba membunuh diri serta menyebabkan kematian anak perempuan mereka yang berusia lima tahun, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Seorang kontraktor Hiew Yook Cheang, 49, dan isteri, Wong Yin Tinn, 37, merupakan surirumah didakwa bersama-sama membunuh Mabel Hiew Mun, 5, di rumah mereka di No. 20-3A, Jalan PJS 3/46, Sri Manja Square, Taman Sri Manja di sini antara pukul 7 petang 13 September 2013 dan pukul 8 pagi, 17 September 2013.

Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam bela. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment