My Add

Sunday, 27 October 2013

Revolver PDRM bakal ditukar pistol semi automatik

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Oktober, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggantikan senjata api revolver yang digunakan oleh anggotanya ketika ini dengan pistol semi automatik melalui peruntukan khas RM200 juta bagi membanteras jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, selain itu PDRM juga akan memperbanyakkan baju kalis peluru agar anggota pasukan itu bertugas dalam keadaan lebih selamat.

"Di samping itu juga kita akan tambah kenderaan dan peralatan forensik di setiap negeri supaya semuanya mencukupi," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri upacara perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak hari ini.

Beliau turut memberitahu sebuah pasukan khas akan dibentuk bagi menyelenggara peruntukkan Bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dan ia akan diketuai oleh Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah.

Perdana Menteri semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.8 bilion kepada PDRM bagi memperkasakan perkhidmatan pasukan itu termasuk peruntukan khas membanteras jenayah sebanyak RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan peralatan dan kelengkapan terkini. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment